Imbas Kembali Jumaat Di Zaman Silam...

Posted by Mohd Zainuddin | 10:32 PM | 0 comments »

Dari kawan buat kawan...sebagai ilmu & pengetahuan...

Sinar Jumaat: Rasulullah s.a.w. penyelamat akidah ummah

Ustaz Zainudin Hashim

Susasana masyarakat pada zaman Jahiliah begitu muram dan suram, kerana ia diselubungi pelbagai bentuk kedurjanaan akibat tindakan manusia yang cenderung kepada kejahatan.

Orang berkuasa melakukan pelbagai penyelewengan, kezaliman, penindasan dan bermacam-macam lagi yang boleh disifatkan sebagai ketidak-perikemanusiaan.

Perkara ini berlaku kerana manusia pada ketika itu telah hilang punca sebenar kebenaran. Golongan wanita dianggap alat tunggangan lelaki. Mereka tidak ada tempat dalam masyarakat, malah tiada nilai sedikit pun pada sisi orang lelaki.

Anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana mereka dianggap pembawa sial kepada ibu bapa.

Penyembahan berhala serta patung-patung hasil ciptaan tangan manusia mendapat tempat di hati masyarakat pada masa itu. Pokoknya kehidupan mereka jauh daripada suasana damai, aman, tenang dan meyakinkan.

Justeru, bagi menyelamatkan mereka daripada terus bergelumang dan tenggelam dengan amalan-amalan yang songsang lagi syirik di sisi Allah SWT, maka Allah tidak terus membiarkan hamba-hamba-Nya sedemikian rupa.

Maka diutusnya Rasul terakhir bagi menyelamatkan pegangan dan akidah mereka supaya hati mereka lurus hanya untuk Allah SWT.

Allah menjelaskan menerusi ayat 9 surah as-Sof, maksudnya: “Dia (Allah) telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa hidayah dan agama yang benar (Islam), agar ia dapat mengalahkan agama-agama yang ada seluruhnya, walaupun tindakan itu dibenci oleh orang-orang kafir.”

Jelas ayat di atas menunjukkan, bahawa Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk membawa agama Islam ke bumi bagi menyelamatkan manusia seluruhnya daripada terus berada dalam kesyirikan kepada Allah.

Kenapa Makkah jadi pilihan?

Menurut ulama Sirah, Allah memilih Makkah kerana ia betul-betul berada di tengah bola dunia (globe). Ia memudahkan proses penyampaian agama Islam ke seluruh dunia, kerana dari Makkah mempunyai jalan mudah untuk sampai ke Eropah Timur melalui Syria, Turki dan seterusnya Bulgaria.

Di sebelah barat pula melalui Mesir, Libya, Tunisia, Algeria dan Maghribi untuk ke Sepanyol dan negara-negara Afrika, sementara melalui Yaman pula adalah laluan untuk menuju ke negara-negara Asia melalui jalan laut.

Demikianlah hikmah Allah SWT memilih Makkah, di kalangan bangsa Arab untuk tujuan penyebaran Islam, selain penentangan Bani Israil terhadap Nabi-nabi mereka.

Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah untuk menyelamatkan manusia sesuai dengan sifat namanya Islam iaitu penyelamat.

Ia adalah untuk menyelamatkan manusia sejagat daripada melakukan kezaliman, penindasan dan pelbagai tindakan kedurjanaan, agar mereka berlaku adil, sopan, bermaruah walaupun ia tidak disukai oleh golongan yang menentang Allah.

Suasana seumpama ini akan terus berlangsung sampai ke hari kiamat selagi mana manusia masih tidak tunduk kepada Tuhan mereka yang benar iaitu Allah SWT.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Posted by Mohd Zainuddin | 10:29 PM | 0 comments »

** Saya sisipkan siapakah dia Khalifah Umar Abdul Aziz kerana masih ada lagi yang masih tidak kenal dengan beliau.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Yang Agung

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas.....!!

Agak panas tajuk post kali ini. saya amat tertarik dengan topik halal haram makanan di negara kita ini. sila baca artikel yang saya ambil dari http://www.tranungkite.net/v7/

artikel ini telah ditulis oleh saudara ahmadhadeed
" Membaca berita tentang bagaimana orang kafir yang tidak takut takut meletak babi dan arak dalam makanan dan menjual nya sebagai makanan halal membuat saya terfikir , betapa beraninya orang kafir membuat apa saja pada orang islam tanpa rasa segan silu.


Bukan mereka tak tahu suatu hari nanti perbuatan mereka terbongkar tetapi mereka tidak takut kerana orang Islam tidak akan buat apa apa melainkan menulis dalam surat kabar, menghantar memorandum dan menyerah kepada pihak berkuasa. Mereka pun tahu undang undang hanya akan mendenda mereka seribu dua dan kadang kadang pihak berwajib pun takut untuk menyaman mereka kerana takut kalah dan terpaksa bayar ganti rugi saman malu.

Sebab itu lah banyak berlaku kes menjual makan haram kepada ummat Islam di Malaysia. Ummat Islam pula terlalu tidak mahu berusaha sehingga tidak membuat apa apa untuk menghasilkan barangan asasi untuk kegunaan ummat Islam . Saya sebenar nya mencari cari barangan keluaran ummat Islam untuk di promosi namun masih mencari cari barangan nya.

Berikut adalah perbuatan khianat peniaga kafir menjual atau membuat makanan dan menjualkannya atas nama barang halal.




































pernah dengar atau tidak jenama kicap Muslim Best,Tamin,Sos cili Aminah Hassan? Mungkin ada yang pernah dengar dan menggunakannya dan mungkin ada yang pertama kali mendengarnya. sebenarnya Umat Islam Malaysia sudah lama menghasilkan produk makanan halal lagi suci. Tapi cuba tanya diri sendiri adakah kita menyokong produk orang Islam kita?

Cuba kita periksa kat dapur di rumah kita. Sos cili,Kicap,Kopi tengok jenama apa? saya yakin kebanyakkannya berjenama Megi,kimbol,neskopi ( maaf tak boleh taip nama sebenar, copyright ). jadi bagaimana? Bagaimana pengeluar barang bumiputera Islam nak maju dan bersaing dengan syarikat-syarikat bukan Islam? sedangkan kita sendiri tidak menyokong produk Islam. cuba periksa bilik air kita, tengok ubat gigi sudah la. Saya yakin ramai antara kita menggunakan ubat gigi Kolget,Dalie. Kenapa kita tidak menggunakan ubat gigi Mukmin,Halagel,najwa?

Sebenarnya ramai bumiputera Islam menghasilkan produk yang halal lagi suci cuma kita tak tahu atau buat-buat takk tahu.

Saya tertarik dengan sebuah pasaraya di Kuala Terengganu. Sabasun. Kalau orang Terengganu tau la pasaraya ni. di bahagian depan ruang legar Sabasun di letakkan produk-produk IKS bumiputera islam. Dari kerepek sampai la ke minuman berkarbonat ( Maduria ). Memang meriah dengan produk bumiputera Islam. cuma kita saja yang was-was. macam-macam alasan diberi,kurang sedap la,tak berkualiti la. padahal ianya jauh lebih baik dari produk orang bukan Islam.

Jangan kata Umat Islam tidak keluarkan produk sendiri ya, kalau kita sendiri yang taknak menyokong mereka dengan membeli produk mereka. Jom tukar Dari Coke ke Maduria!!!
fikirlah yang terbaik.

Wsalam


Mars (Matahari) kelihatan naik dari Barat ke Timur

 Didalam hadith terdapat tanda kiamat ia itu apabila matahari naik atau kelihatan naik dari Barat. Saya inshaallah akan membincangkan perkara ini dengan tuan puan sekalian. Dalam istilah astronomy terdapat retrograde motion , retrograde revolution dan retrograde rotation.

Retrograde motion ialah apabila planet, bulan atau matahari kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Mungkin inilah akan berlaku apabila matahari kelihatan bergerak dari barat ke Timur yang menjadi tanda kiamat.

. Retrograde revolution ialah apabila planet memang bergerak bercanggah arus dan kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Perlu di ketahui semua planet di solar sistem bergerak dari Timur ke Barat. Retrograde rotation ialah apabila planet bergerak bercanggah dari asal dan perlu diingatkan semua planet berpusing mengikut pusingan yang timur ke barat melainkan tiga planet iaitu Venus, Uranus and Pluto.


Mars dan jupiter adalah dua planet yang menunjukkan retrograde motion iaitu kelihatan bergerak dari Barat ke Timur. Ini adalah kerana kelajuan bumi lebih melebihi kelajuan mars.

Apabila bumi memotong mars maka mars akan kelihatan naik dari barat dan turun ke timur. Perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada bumi dan matahari. Ini adalah kerana matahari turut mengelilingi solar sistem dan mungkin pada suatu ketika apabila berada di suatu lokasi dalam ruang solar sistem akan mengalami retrograde matahari secara relative dengan bumi. Apabila kelajuan matahari dan bumi berada pada tahap yang tertentu maka kelihatan lah matahari naik dari Barat dan tengelam ke Timur untuk beberapa waktu.

Mungkin masa itu orang sekular atau atheist akan mengatakan ini hanya fenomena biasa dan kiamat tidak akan berlaku. Orang mu'min mengetahui kiamat sudah hampir dan mereka yakin dengan hadith itu. Kita tidak tahu lah sebelum retrograde motion matahari berlaku sudah ada ulama usuk menafikan hadith sahih itu takut takut negara tidak maju kerana percaya perkara tahyul. Itu pun boleh berlaku di zaman jahiliyah modern dan dunia akhir zaman.





Di Tulis Oleh : SongkokPutih

Kemeriahan Blog Di Malaysia

Posted by Mohd Zainuddin | 9:30 PM | 0 comments »

Meriahkan komuniti Blogger di Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Sejak sebelum pilihanraya perkataan blog mula mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia. Tidak menggira siapa pun mereka. Dari seorang petani yang tidak tau apa-apa tentang blog dan internet sehinggalah golongan Pemimpin paling kanan Malaysia.


Malaysia le ning adalah diambil dari loghat Terengganu, kalau dalam bahasa standardnya ialah Malaysia Hari ini, kalau dalam loghat Utara pula dia jadi Malaysia la ni. Apa pun namanya tujuan saya menulis blog adalah untuk memeriahkan suasana blog di Malaysia. berbincang apa saja senario di Malaysia tanpa mengira apa yang diperkatakan samada Politik,hiburan,automotif atau apa saja. Semua tentang Malaysia.

Terima Kasih kerana mengunjungi Blog ini.