Agak panas tajuk post kali ini. saya amat tertarik dengan topik halal haram makanan di negara kita ini. sila baca artikel yang saya ambil dari http://www.tranungkite.net/v7/ Berikut adalah perbuatan khianat peniaga kafir menjual atau membuat makanan dan menjualkannya atas nama barang halal.
artikel ini telah ditulis oleh saudara ahmadhadeed
"Membaca berita tentang bagaimana orang kafir yang tidak takut takut meletak babi dan arak dalam makanan dan menjual nya sebagai makanan halal membuat saya terfikir , betapa beraninya orang kafir membuat apa saja pada orang islam tanpa rasa segan silu.
Bukan mereka tak tahu suatu hari nanti perbuatan mereka terbongkar tetapi mereka tidak takut kerana orang Islam tidak akan buat apa apa melainkan menulis dalam surat kabar, menghantar memorandum dan menyerah kepada pihak berkuasa. Mereka pun tahu undang undang hanya akan mendenda mereka seribu dua dan kadang kadang pihak berwajib pun takut untuk menyaman mereka kerana takut kalah dan terpaksa bayar ganti rugi saman malu.
Sebab itu lah banyak berlaku kes menjual makan haram kepada ummat Islam di Malaysia. Ummat Islam pula terlalu tidak mahu berusaha sehingga tidak membuat apa apa untuk menghasilkan barangan asasi untuk kegunaan ummat Islam . Saya sebenar nya
mencari cari barangan keluaran ummat Islam untuk di promosi namun masih mencari cari barangan nya.
pernah dengar atau tidak jenama kicap Muslim Best,Tamin,Sos cili Aminah Hassan? Mungkin ada yang pernah dengar dan menggunakannya dan mungkin ada yang pertama kali mendengarnya. sebenarnya Umat Islam Malaysia sudah lama menghasilkan produk makanan halal lagi suci. Tapi cuba tanya diri sendiri adakah kita menyokong produk orang Islam kita?
Cuba kita periksa kat dapur di rumah kita. Sos cili,Kicap,Kopi tengok jenama apa? saya yakin kebanyakkannya berjenama Megi,kimbol,neskopi ( maaf tak boleh taip nama sebenar, copyright ). jadi bagaimana? Bagaimana pengeluar barang bumiputera Islam nak maju dan bersaing dengan syarikat-syarikat bukan Islam? sedangkan kita sendiri tidak menyokong produk Islam. cuba periksa bilik air kita, tengok ubat gigi sudah la. Saya yakin ramai antara kita menggunakan ubat gigi Kolget,Dalie. Kenapa kita tidak menggunakan ubat gigi Mukmin,Halagel,najwa?
Sebenarnya ramai bumiputera Islam menghasilkan produk yang halal lagi suci cuma kita tak tahu atau buat-buat takk tahu.
Saya tertarik dengan sebuah pasaraya di Kuala Terengganu. Sabasun. Kalau orang Terengganu tau la pasaraya ni. di bahagian depan ruang legar Sabasun di letakkan produk-produk IKS bumiputera islam. Dari kerepek sampai la ke minuman berkarbonat ( Maduria ). Memang meriah dengan produk bumiputera Islam. cuma kita saja yang was-was. macam-macam alasan diberi,kurang sedap la,tak berkualiti la. padahal ianya jauh lebih baik dari produk orang bukan Islam.
Jangan kata Umat Islam tidak keluarkan produk sendiri ya, kalau kita sendiri yang taknak menyokong mereka dengan membeli produk mereka. Jom tukar Dari Coke ke Maduria!!!
fikirlah yang terbaik.
Wsalam
Mengapalah ummat Islam Tidak Membuat Makanan Mereka Sendiri?
Posted by Mohd Zainuddin | 9:50 PM | 0 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments
Post a Comment