Pendirian Wanita Jim tentang uniform sekolah dibantah

Sebentar tadi saya terbaca pandangan Ketua Wanita JIM yang menyeru agar pakaian uniform sekolah dikekalkan dengan apa yang sedia ada. Katanya, pakaian sedemikian sudah sekian lama dipakai oleh para pelajar tanpa menimbulkan sebarang masalah. Mungkin beliau terlupa, beliau bukan lagi seorang 'remaja'. Mungkin juga beliau terlupa bahawa beliau dikelilingi oleh golongan-golongan yang memang berpakaian baik dan berfahaman tinggi tentang garis panduan pemakaian, maka suatu undang-undang tidak lagi diperlukan. Tetapi bagi pelajar yang kebanyakan, peraturan yang jelas memang diperlukan!

Kalau mahu saya dedahkan di sini, sejak di bangku sekolah menengah lagi, sembang-sembang kotor dah mula dimainkan oleh pelajar sekolah pada masa tu (5 tahun yang lepas). Perkara ini sudah pasti semakin hebat pada masa kini, memandangkan pendedahan yang melampau gara-gara globalisasi.

Bukan setakat pelajar perempuan sahaja yang menjadi perhatian pelajar yang nakal, bahkan guru perempuan juga menjadi perhatian mereka.

Tambahan pula sekarang ini dijadikan satu kemestian untuk guru perempuan memakai kasut bertumit tinggi, seperti yang diberitahu kepada saya oleh rakan saya yang juga seorang guru. Bagi kumpulan pelajar nakal ini, apa sahaja peluang yang ada, mereka akan gunakan. Jadi, pakaian yang nipis menjadi peluang mereka untuk dijadikan modal sembang-sembang nakal mereka.

Pernah juga saya diberi tahu tentang perbuatan pelajar ini meraba pelajar-pelajar perempuan yang bagi mereka 'murah'. Apakah indikator mereka untuk mengatakan seseorang pelajar itu 'murah'? Pakaian yang seksi dan nipis adalah indikator mereka. Jadi, mungkin Wanita JIM terlepas pandang kepada perkara ini kerana mereka bukanlah pelajar, tidak seperti HEWI PKPIM.

Saya juga berpengalaman dalam menganjurkan program motivasi di sekolah-sekolah menengah di sekitar Kuantan. Inilah perkara yang menjadi perbualan pelajar bermasalah. Mereka bukan bercakap tentang, "Baju si dia nipislah...", tetapi mereka terus bercakap tentang, "Cuba teka, apa warna baju dalam atau coli si dia?..." Perkara ini adalah realiti pelajar sekarang. Jika ditetapkan sesuatu peraturan yang jelas, sudah pasti perkara ini dapat dielakkan.

Wanita JIM juga berpendapat, "Masalah sosial dan gejala seksual yang semakin meruncing di kalangan pelajar sebenarnya berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat melanda masyarakat kini." Aduh, naif sungguh pendapat ini. Malang bagi mereka kerana tidak dapat mengembangkan perbincangan mereka kepada perkara yang lebih praktikal!

Perbicaraan tentang krisis nilai, hakisan pegangan agama, dan moral adalah suatu yang terlalu umum, tidak praktikal dan tidak membumi. Ia hanya mengerewang di atas angin. Tindakan menetapkan suatu peraturan yang jelas sebenarnya adalah proses membetulkan sistem nilai pelajar tersebut. Di samping itu, pegangan agama yang kuat perlu terus diterapkan di dalam aktiviti seharian, dan ianya bukanlah suatu yang bertentangan. Begitu juga dengan pegangan moral. Sebagai seorang doktor, saya rasa mereka faham akan konsep ini.

Seperti Hipertensi, ia adalah multi-faktorial. Jika ia adalah multi-faktorial, adakah kita meninggalkan semua langkah prevensi, atau kita melaksanakan sebanyak prevensi yang kita mampu? Kita mulakan dengan perkara yang paling penting dan yang paling mengganggu pesakit, ataupun simptomatik. Kemudian, barulah kita ubati penyakit sebenar pesakit itu, ataupun kita mulakannya sekali dengan rawatan simptomatik tadi.

Apakah masalah Wanita JIM untuk menyetujui HEWI PKPIM, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Muslimat PAS dan 70% pengundi di Buletin Utama TV3?

Oleh reformis

0 comments